5 Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Untuk Jadi Budak IT


Assalamualaikum,

Salam Jumaat pada yang muslim. Beberapa hari ni aku agak sibuk dengan tugas hakiki amklumlah baru take over department dari 'invincible' person. Untuk yang tak tau aku baru start kerja dalam sebulan kat satu kilang area Kota Damansara. So siapa yang terasa nak belanja makan meh lah datang sini.

Kat kilang ni aku kerja as Sr. IT Executive dan aku bekerja direct bawah director bermakna aku xde HED yang handle aku semua report terus pegi ke director tanpa ada hijab. Nampak macam best tapi sebenarnya benda macam ni bahaya sebab kau kena pantau direct kalau bawah HOD bolehlah deal apa yang patut. Aku dah 8 tahun kot rasanya duduk dalam field IT ni dari noob sehabis noob sampailah sekarang. So fresh graduate jangan nak kencing abang lah bab2 IT ni.

Disebabkan aku dah lama dalam field ni aku nak sharelah pengalaman aku yang tak berapa berharga ni untuk fresh grad yang teringin nak masuk dalam bidang ni. Sebelum korang korang nak masuk bidang ni kena ada 5 ciri-ciri penting ni kalau tak tak payahlah duk berangan nak gaji besar main IT.

1. Kena Jadi Noob

Even kau ada degree IT janganlah nak poyo cakap kau tau semua. Bidaah semua tu. Jadi lah noob sebab dalam field ni setiap hari kau terpaksa berhadapan benda baru. Setiap hari akan keluar teknologi baru. Jadi kalau kau cakap atau ada rasa semua kau tau baik kau jangan masuk field ni melainkan otakkan memang ada keistimewaan boleh baca masa depan. Keyword dia sebenarnya mudah iaitu jangan tunjuk pandai!!! Sebab menunjuk pandai ni membawa padah.



2. Kena Banyak Kenalan

Dalam field ni kau tak boleh duduk sorang. Kau kena belajar jadi penyokong Liverpool yang amalkan You'll Never Walk Alone. Sebelum kau nak main field ni cari lah kawan yang sama bidang. Sebab apa? Sebab macam yang aku mention tadi kita takkan tau semua benda. Ada benda yang orang tau kita tau tau. Contoh paling mudah setting network printer. Aku masuk-masuk company ni ada satu PC tu dok share untuk scan printer. Dah 2 tahun macam tu. Bila aku tanya dia kata IT lama tak tau buat.

Sebab kedua ialah dalam filed ni ko boleh buat duit extra. Macam aku, aku suka kerja company yang besar tapi tak terkenal. Kalau company tu terkenal dia akan outsource semua keluar tapi kalau company yang biasa-biasa ni ada benda yang IT yang dia beli sendiri. So budak IT yang akan handle. Macam bos aku dia jenis ok as long as barang tu murah dari market. Jadi kau kena ada kangtau luar yang mana boleh kasi kau harga murah.

3. Kena Pandai Cari Jalan

Dalam IT ni kalau kau hadap satu masalah kau tak boleh 100% refer buku. Kadang-kadang ada back door untuk selesaikan masalah tu. So nak jadi budak IT kau kena fikir luar kotak untuk cari penyelesaian. Kadang-kadang bila kau baca kitab IT kau cuba buat tak jadi padahal cara dia lagi mudah.

4. Jangan Give Up

Orang IT perlu ada Go Go Attitude. Jangan mudah mengalah sebab segala masalah IT dalam company ko ni dah jadi macam menteri. Even kalau handphone staff tu tak detect memori kad ataupun tak boleh charge. Bila kau hadap satu permasalahan tu kena cuba sampai habis. Cuba settlekan baru bos sayang.


5. Kena pandai Guna Perkataan How To

'How to' ni perkataan common sebagai seorang IT person. Macam yang aku cakap tak semua kita tau. Jadi bila kau dah tanya semua kangtau dan diorang pun tak tau maka last resort ialah tanya pakcik google. dan perkataan how to banyak membantu. Tak percaya tengok gambar atas tu. 60% daripada search tu berkaitan dengan IT. Aku lebih suka search dalam English sebab result lebih accurate.

So korang ada tak 5 ciri ni? Kalau takde sila cari lah sebab 5 benda ni penting weh sebelum korang nak cerita korang ni IT person. Sebab aku dah banyak jumpa orang yang mengaku IT hanya pada name card tapi secara pratikalnya tak IT mana pun sebab hanya bergantung pada note. Dalam field ni yang oenting gain experience dan tak salah kau nak tanya orang.

Apa lagi ciri-ciri yang korang rasa perlu ada sebagai IT Person?

p/s:
Selagi kau takde experience handle satu masalah besar jangan sembang kau budak IT

Post a Comment

0 Comments