5 Perkara Yang Perlu Ada Sebagai Crypto Miner


Assalamualaikum,

Sekarang ni zaman Crypto Currency yang mana banyak dah coin wujud. Kalau korang perasan selepas Bitcoin meletup harganya muncul lah Ethereum, Litecoin, Dogecoin, Ripple dan macam-macam lagi coin yang namanya pelik. Kemunculan coin-coin ni bergantung pada kegunaan. Sebagai contoh pada awalnya Ethereum wujud disebabkan programmer/developer nak gunakan sebagai transaksi untuk bayaran kerja diorang. Ni contoh lah.

Ramai teruja bila harga Bitcoin naik meroker tahun lepas. Mana tak nya asal dari $1 sekarang dah dekat $12K. So kalau tukar jadi RM dekat-dekat RM50K harga 1btc. So dalam sekarang ramai yang mining dari beli. Yelah siapa mampu nak beli bitcoin sekarang ni. Dan bila orang dah start mining Bitcoin maka crypto currency yang lain pun mining jugak. Jadi apa yang perlu ada sebagai seorang crypto miner?

1. Ilmu tentang crypto currency

Memang mudah cakap mining tu boleh buat profit. Tapi sebelum nak mining kita kena tau pasal crypto currency. Basic yang kena tau ialah apa itu crypto currency? Kalau tak tau ni lupakan jelah hajat nak mining sebab korang dalam kategori noob. Korang kena tau terms yang miner gunakan. Apa itu satoshi? Apa itu hash rate? Cloud mining atau Ant mining? Banyak benda yang nak kena amik tau. Kalau main mining je sama ada korang pening ataupun give up. Sebab ada crypto yang boleh mining ada yang memang market cap dia dah ngam-ngam hanya boleh beli sahaja.

2. Modal

Crypto ni semua nak kena bermodal sebenarnya. Even kalau cloud mining pun nak kena modal untuk sewa server. Walaupun kita nampak ada je yang bagi free start untuk kita guna server diorang tapi hakikatnya ia end up akan potong nilai mining yang kita dapat untuk pengurusan server tu. So kalau yang guna free cloud tu jangan letak expectation terlalu tinggi. Memang takkan kaya dalam masa singkat. Korang boleh try EOBOT untuk cloud mining. Memamng FREE tapi maintainance kena bayar.

3. Strategi

Nak mining lepas dah tau dan ada ilmu pasal crypto perlu ada strategi. Bukan main mining je. Contohnya bila kita perlu mining sesuatu crypto tu. Buat masa sekarang ni yang hebat-hebat mining dah tak pandang pada bitcoin terutama sekali player yang mining sendiri yang ada Antminer kat rumah. Kenapa? Sebab pertama nilai dia terlalu tinggi dan sebab kedua bila nilai dah tinggi kepayahan nak pecah block chain tu atau mat saleh kata 'difficulties'.


So bila difficulty dia menjadi tinggi nilai mining akan jadi tinggi dan kita perlukan mesin yang hash rate dia tinggi. Bila spec mesin tinggi maka kos jadi tinggi dan ada player yang kata tak berbaloi sebab nak dapatkan 1btc makan masa 560 hari. Maka diorg beralih pada crtpto yang lebih murah dan mudah sebab hash rate tak tinggi contohnya Doge ataupun yang paling bernilai Ripple.

4. Pandai cari peluang

Nak mining kita kena pandai cari peluang. Peluang tu bermakna cara kita dapatkan atau claim crypto dari website-website. Contohnya macam saya, saya akan ambil doge dari Moondoge. Sehari kalau rajin bolehlah dapat 2 doge. Tu kalau rajin lah. Nak datap BTC satoshi saya akan ambil kat Moon Bitcoin. Kedua-dua website ni LEGIT. Boleh lah try cuma korang perlua ada akaun coinpot as wallet.

5. Sabar

Sebelum nak mining tu ko kena check tahap kesabaran dulu. Kalau jenis menggelabah nak cepat kaya baik korang cari ponzi scheme yang boleh kasi korang kaya cepat. Untuk mining ni terus terang memang ambil masa dan perlukan strategi yang betul. Kena tau mana nak dapat crypto start up yang banyak sebelum mining. untuk dapat 1000 satoshi pun perlukan 15 hari. Nak dapat 10 doge pun perlukan 20 hari. Jadi check lah diri kalau jenis tak tau sabar jangan mining cari modal beli je.

So kalau dah ada 5 perkara ni bolehlah PM saya kat page. Nanti saya akan ajar sikit apa yang saya tahu. Terus terang saya cakap dah beberapa minggu saya mining nak dapat 1 Ripple pun lambat. Sayapun baru khatam strategi untuk EOBOT.

HAPPY MINING GUYS.

p/s :
Baru ada 0.02BTC je ni.

Post a Comment

0 Comments