ASUS Vivobook X541N


Assalamualaikum,

Hari kedua aku kerja kat tempat baru ni bos dah panggil masuk bilik dia. Aku ingatkan nak kasi confirmation letter rupanya suruh aku cari quotation untuk laptop. Maafkan gambar di atas keran walldrop malfunction yang berlaku. Jadi di atas arahan akupun survey beberapa jenis laptop yang within budget company iaitu bawah RM1500.

jadi akupun jumpa lah beberapa lappy antaranya Asus Vivobook X541N ni dengan Acer Aspire ESI-533. Harga untuk model ni banyak yang letak RM1399 tapi most of supplier dah habis stock makanya tetiba aku teringat kat satu kawan lama aku ni. Nama dia Mico.


Ni lah Mico. Dia buka booth laptop kat Low Yatt. So siapa yang nak cari laptop bolehlah cari dia kat Low Yatt. Sebut nama aku 3x kalau tak dapat murah maknanya korang belum cukup power. So aku submit lah quotation kat bos aku lalu dengan selamba dia tanya aku, kalau aku nak beli laptop yang mana aku nak beli.

Soalan ni biasa aku dengar dulu masa aku seorang technician computer. Jawapan aku tetap sama macam 6 tahun lepas kalau aku dapat soalan ni. Aku akan pilih benda yang orang tak pilih. So dari Acer memang aku akan pilih Asus. Sebab sepanjang pengalaman aku, aku dah hadap banyak laptop yang rosak. Kalau bukan HP kompom Acer. Jadi aku pilih Asus Vivobook X541N lagipun Spec dia lebih kurang. Apa Spec?

CPU / Processor: Intel® Dual-Core Celeron® N3350 Processor (2M Cache, up to 2.4 GHz)
Memory: DDR3 4GB
Memory Slot: N/A
Storage: SATA 500G 5400RPM 2.5' HDD
Graphic Card: Intel HD
Operating System: Windows 10 Home 64-Bit
Optical Drive: 8X S-M DL
Display Screen / Design / Resolution: 15.6' HD 1366x768 16:9//Glare
Camera: VGA web camera (Fixed type)
Audio / Video: Built-in Speakers And Microphone
Network / Connectivity: 802.11bgn+Bluetooth 4.0 (Single band) 1*1
Interface: 
  • 1 x Microphone-in/Headphone-out jack 
  • 1 x VGA port/Mini D-sub 15-pin for external monitor
  • 1 x USB 2.0 port(s)
  • 1 x RJ45 LAN Jack for LAN insert 
  • 1 x Type C USB3.0 (USB3.1 GEN1) 
  • 1 x Type A USB3.0 (USB3.1 GEN1)
Battery / Power Supply: 36WHrs, 3S1P, 3-cell Li-ion
Dimensions (cm): 361.4 x 243.5 x 17.9 mm (WxDxH)
Weight:  2 kg with Battery
Warranty:  2 Years Asus Warranty
Additional: Free Asus Backpack

Aku copy paste jelah dari ClickAsia malas nak menaip. Ni spec dia. Laptop ni pun beli untuk staff Nepal kat Tom & Toms Coffee so aku rasa tak perlu kot bagi yang power. Sebab diorang nak guna untuk video call family je.

Post a Comment

0 Comments