Oi! Festival | Kuala Lumpur Skinhead Gathering 2018


Assalamualaikum,

Aku rasa ramai dah tau pasal gig ni  Oi! Festival - Kuala Lumpur Skinhead Gathering 2018. So tujuan post kali ni aku just nak 'promote' pasal gig ni. Aku sendiripun dah bertahun tak pergi layan gig even Rock The World pun aku tak pergi.

Aku tak tau kenapa bila aku dapat flyer untuk Oi! Festival - Kuala Lumpur Skinhead Gathering 2018 ni tetiba nafsu skinhead tu tinggi. Padahal Marten semua dah take yang tinggal cuma patches JB Riot dengan Adidas Superstar je. Tapi tulah aku rasa Oi! Fest kali ni aku nak pegi. Satu benda yang buat aku rasa nak pegi ialah band yang main semua best.

Aku sendiripun dah lama tak layan muzik oi! ni sejak munculnya Aiman Tino (saja je nak sarcastic). Dan aku rasa ramai yang nak tengok band ni :


The Official one of the most wanted band selepas ACAB. Last aku tengok diorang perform tahun 2001 kat Stadium Melawati dan time tu nasib dapat crew pass. Lepas daripada tu aku cuma layan gig kecik je sebab murah kalau gig tu ada ACAB je mesti mahal huhu. Bukan kedekut tapi time tu student duduk umah sewa so duit kena simpan.

Oklah ni detail untuk Oi! Festival - Kuala Lumpur Skinhead Gathering 2018 :

Tarikh : 27 Januari 2018
Masa : 12 Tghari sampai Tengah Malam ( tupun kalau semua band sempat main)
Tempat : Chin Woo Stadium Kuala Lumpur
Harga : RM50 (door)/RM40(Presale)

Siapa yang na beli tiket presale boleh contact : Lisya 0103010231

So apa lagi grab your tix NOW!!!

Post a Comment

0 Comments