Bos Belanja Tom And Toms Coffee


Assalamualaikum,

Hari ni punya task aku selaku Sr IT Exec kena setting internet untuk laptop Asus ni. Laptop Asus ni adalah untuk kegunaan staff kat Tom and Toms Coffee ni. Kenapa aku kena buat? Sebab Tom and Toms Coffee ni adalah anak syarikat kepada MYM Group.

Tom And Toms Coffee ni concept dia samalah macam Starbuck mahupun Coffee Bean cuma ni brand dari Korea. Makanan lebih kurang sama. Ada croissant ada sandwich ada ice blended senang cerita samalah macam kedai kopi mahal ni. Cuma harga dia reasonable lah kira orang cakap boleh dengarlah. Tapi sebab aku berjawatan aku ambil free lah.

Kalau ikut boleh je nak ambil macam-macam dalam ni tapi sebab aku bawak bekal untuk lunch (biasalah orang susah) so aku just sauk sandwich je. Kata mana kedai ni? Tom and Toms Coffee ni ada kat area Uptown Damansara. Kalau korang ingat ada 1 Mc Donald's kat area situ tapi sekarang dah tutup so Tom and Toms ganti lah. Mana yang terasa nak try boleh lah pegi yang nak makan free pegi kaunter sebut nama aku 3x. Kalau cashier tu tak bagi free maknanya korang kena bayarlah.

p/s: dah lama rasanya tak makan makanan hipster amacam ni. TQ Boss... 

Post a Comment

0 Comments