Assalamualaikum,
Korang pernah tengok cerita
Mr Mama? Ala cerita lama dulu kalau xsilap pelakon dia Arasy Muhammad. Cite pasal house husband. Suami yang jadi suri rumah. Dulu aku ingat situasi Mr Mama ni macam tahyul je. Ye lah mana ada lelaki yang nak jadi suri rumah ye dak. Tak maskulin lah duduk umah. Tapi lepas aku tengok cerita pasal
Ben Ashaari kalau tak silap 3 tahun lepas so aku terbuka sikit mata. Ada rupanya lelaki yang sanngup duduk umah jaga anak.
Entry ni bukan aku nak cerita pasal orang tapi more to cerita pasal aku sebenarnya. Yelah ni blog personal aku kalau cerita pasal orang lain tu dah kira mengumpat. Dulu persepsi aku sebagai seorang lelaki macho ialah seorang lelaki mesti buat kerja lelaki. Memasak, kemas rumah, jaga anak dan etc tu
bukan kerja lelaki so aku buat 'dang' je. Dan aku sama sekali tak percaya mitos
Mr Mama ni.
Anak aku yang pertama Nazheem aku hantar kat babysitter sampai umur 3 tahun dan bila masuk 4 tahun aku hantar sekolah pra tahfiz. Masa dia kecil aku cuma jumpa dia petang kul 6.30 PM (itupun kalau balik awal) sampai kul 10 PM (sebab dah tido). Yang gemuk tu aku hantar babysitter sampai umur 2 tahun. Lepas tu aku jaga sendiri sampai sekarang.
Dulu aku rasa yang suri rumah ni memang satu benda mudah dan tak mencabar pun. Ye lah duduk rumah jaga anak not a big deal. Tapi sebenarnya jadi suri rumah nilah benda paling susah nak buat. Bukan mudah untuk kita nak gelar diri kita suri rumah. Tak caya korang try lah amik cuti 3 hari jaga rumah. Banyak cabaran-cabaran sebagai seorang suri rumah.
1. Time Management
Ni satu daripada cabaran yang besar sebagai seorang suri rumah. Benda ni nampak mudah kalau jaga seorang tapi bila dah masuk dua orang memang terkejar-kejar sebenarnya. Bila masa nya kita nak buat sarapan, bila masanya nak mandikan anak-anak. Kalau nak jujur memang terus terang timing aku lari. Lagi-lagi sekarang aku malam kena pegi ite sampai pagi.
2. Tahan Sabar
Ni satu cabaran nak jadi Mr Mama. Kalau takat jaga satu je memang takde masalah. Macam aku kena jaga 2 orang. Kalau Nazheem cuti 3 orang aku kena jaga. Bagi aku Nafeez memang tak susah jaga sebab dia jenis yang suka angguk je. Kita suruh dia tutup mata dia ikut. Jaga baby pun sebenarnya tak susah dan tak perlu tahap keabaran yang tinggi. Yang jadi hilang sabar bila Nazheem ada. Sebabnya dia ni suka menyakat dan dia tak boleh duduk sorang. So adik dia akan ikut apa dia buat. Bila dua-dua ni bergabung baby yang tidur pun boleh jaga.
3. Kreativiti
Bab ni siapa suri rumah memang tau lah. Nak jaga anak ni kena kreatif. Kena kreatif nak fikir masak apa. Kena kreatif nak redakan anak bergaduh so senang cakap otak kena pusing-pusing. Nak cari masa tidur pun kena kreatif kalau tak memang habis rumah. Dulu aku pelik macam mana babysitter boleh jaga anak aku ni. Dan aku kena akui dia lebih kreatif dan hebat time management dari aku.
4. Stress Dan Penat
Ok ni aku terus teranglah. jadi babysitter kalau tak kena dengan jiwa memang stress bila dah stress memang penat. Yelah budak-budak bukan tau apa. Dia tau nak happy nak main je. So rumah yang dah kemas boleh jadi serabut. Baju-baju boleh jadi terabur. So kita sendirilah nak kena fikir cara hilangkan stress dengan penat. Maka dengan itulah tercipta blog ni.
Aku rasa ni jelah cabaran yang aku hadap sebagai Mr Mama. Aku bukan mengeluh just cerita je apa yang aku rasa. Sebenarnya keputusan jadi Mr Mama ni memang aku sendiri yang nak bukan sebab paksaan so aku kena redha. Even penat dan duit ngam-ngam tapi ada satu benda yang aku dapat iaitu masa bersama anak-anak. Aku nak tengok anak aku membear sebenarnya.
p/s:
Bersyukurlah kalau korang ada isteri yang sanggup jadi suri rumah. Beruntunglah kalau korang ada suami yang nak jaga anak. Akupun bukanlah jenis duduk rumah goyang kaki. Aku ada buat benda free lance. Mungkin belum smpai masa rezeki aku nak senang sampai.
0 Comments