Dakwah Mo Salah


Assalamualaikum,

Happy CNY semua, mood masih dalam mood cuti walaupun dah start kerja sebenarnya. 2 3 hari ni viral pasal Mo Salah atau nama betul dia Mohemmed Salah. Seorang pemain bola Mesir yang sekarang ni star kat dalam Liverpool FC. Kenapa star? Sebab dia dah banyak bantu Liverpool dan dia dah jaringkan 30 biji gol untuk Liverpool. Kenapa di viral?



Ni adalah chant terbaru untuk Mo Salah yang dibuat oleh peminat Liverpool. Ni version lepas perlawanan kat Porto. Ada dua version satu lagi kat Pub. Ni aku cerita bukan atas sebab aku die hard Liverpool cuma sebagai seorang muslim. Dan nak tunjukkan dakwah tu bukan sahaja dengan cara kita berperang ataupun buat benda yang menampakkan Islam itu Ekstimis.
Macam Mo Salah ni dia takdepun rembat player lawan pastu ajak masuk Islam. Takde pulak dia ugut fans Liverpool kalau diorang tak masuk Islam dia tak nak perform atas padang. Tapi cara dakwah Mo Salah ni halus. Dia bermain sepenuh hati untuk Liverpool dan dia tunjuk contoh baik sebagai seorang Muslim. Tu dah cukup sebagai satu dakwah kepada yang bukan Muslim. Macam tulah jugak Rasulullah berdakwah. Tunjuk contoh yang baik pada yang lain.
p/s:
Besar pahala Mo Salah kalau ada peminat The Kops masuk Islam. Setiap orang cara berdakwah lain. Kalau bukan ustaz ada lah cara nak berdakwah.

Post a Comment

0 Comments